SI KEMBAR SIAM YANG BERKONGSI OTAK
>> Rabu, 4 Mei 2011
[PO] Pasangan kembar Siam, Kristal dan Tatiana dianggap pelik kerana mempunyai mata yang boleh berkongsi melihat walaupun kedua belah mata sebelah kiri tidak dapat melihat di sebelah kanan. Mereka juga berkongsi otak walaupun berlainan kepala. Ia merupakan satu kelebihan jarang diperolehi oleh pasangan kembar yang lain.
Kristal dan Tatiana, 4 tahun berasal dari Vernon, Kanada, pernah menggemparkan dunia kerana keunikannya bercantum di bahagian kepala. “Mereka berkongsi pendapat, kegemaran dan apa saja walaupun berbeza. Malah kalau salah seorang terluka terkena pisau, seorang lagi turut berasa sakit,” ujar ibunya, Felicia Simms, 25 tahun.
Kata Felicia, dia mula mengesan keunikan anak kembarnya sewaktu mereka berusia 3 tahun. Ia disahkan oleh seorang doktor pakar saraf, Dr Doug Cochrane yang merawat pasangan kembar itu. Ketika itu, Kristal mengalami luka di sebelah tangan kanannya terkena gunting. Dia menjerit kesakitan dan menangis. Tatiana juga turut sama merasa sakit dan menangis.
“Tatiana dapat melihat sebelah kiri dengan menggunakan mata Kristal walaupun mata Tatiana tidak dapat melihat di sebelah kiri,” jelasnya lagi. Menurut Dr Cochrane, pasangan kembar ini boleh membaca fikiran pasangan masing-masing. Mereka juga serasi dalam menentukan pendapat masing-masing.
“Sejak dilahirkan, pihak kami merawatnya bagi memastikan keadaannya stabil. Kami juga merekod segala kegiatannya bagi mengetahui pembesarannya,” ujarnya. Setakad ini, Dr Cochrane tidak berani memberi cadangan untuk memisahkan pasangan itu kerana mereka berkongsi otak. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan dan membahayakan nyawa mereka.
Bapa pasangan kembar itu, Brendan, 26, mengakui anaknya mempunyai kemampuan yang luar biasa. Walaupun bercantum kepala dan berkongsi otak, Kristal dan Tatiana sihat dan cergas. “Mereka sama saja seperti kanak-kanak lain gembira dengan dunia mereka. Bagi Kristal dan Tatiana juga mempunyai dunia yang sama walaupun bercantum kepala,” ujarnya.
Brendan tidak bercadang untuk memisahkan pasangan itu kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa mereka. Dia lebih rela anaknya itu hidup bersama sampai akhir hayat. “Saya tak sampai hati untuk mengorbankan salah seorang anak saya semata-mata untuk memisahkan kepalanya. Biarlah mereka hidup dengan cara mereka.”
LUAR BIASA: Kristal boleh melihat kiri menggunakan mata Titiana.
COMEL: Pasangan kembar ini akan kekal sehingga akhir hayat.
“Mereka berkongsi pendapat, kegemaran dan apa saja walaupun berbeza. Malah kalau salah seorang terluka terkena pisau, seorang lagi turut berasa sakit...
0 ulasan:
Catat Ulasan