Tukar jantina jadi polis

>> Jumaat, 13 Mei 2011


[KO] GLASGOW - Seorang bekas anggota tentera Britain yang sudah menjalani pembedahan penukaran jantina diterima memasuki perkhidmatan polis sebagai konstabel percubaan wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas askar itu, Ian Hamilton (gambar) yang kini dikenali sebagai Jan Hamilton meninggalkan perkhidmatan tentera pada 2007 selepas 20 tahun berkhidmat. Satu sumber memberitahu, Hamilton, 44, lulus cemerlang dalam proses pemilihan selama enam bulan termasuk mendapat markah tinggi dalam beberapa ujian bertulis dan ujian kecergasan.

"Dia berlari sejauh 2.4 kilometer dalam tempoh 11 minit. Calon wanita dibenarkan berlari selama 16 minit," kata sumber. Kemasukan Hamilton dalam perkhidmatan polis turut mendapat sokongan beberapa pegawai atasan. Pada 2007, Hamilton mengheret tentera Britain ke tribunal industri kerana didakwa mengamalkan diskriminasi seks setelah enggan mengiktiraf status barunya sebagai wanita.

Hamilton yang pernah berkhidmat di Kenya, Oman, Kuwait, Cyprus, Jerman dan Bosnia berjaya dalam tuntutannya serta menerima surat permohonan maaf daripada pihak tentera.

0 ulasan:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Wangi One Drop Perfume









Foto Restoran









Slide Restoran

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP