Lelaki dibiarkan mati selepas ditembak
>> Isnin, 13 Jun 2011
SARFARAZ SHAH ditembak beberapa kali oleh askar Pakistan di Karachi pada minggu lalu |
Dalam kejadian yang dirakam di sini pada minggu lalu, seorang lelaki berpakaian preman menarik mangsa yang didakwa melakukan rompakan lalu membawanya kepada sekumpulan anggota tentera Pakistan.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Sarfaraz Shah merayu belas kasihan tetapi seorang askar tersebut menembaknya beberapa kali dengan peluru menembusi kaki serta tangan mangsa.
Dia rebah ke tanah dan merintih kesakitan tetapi askar-askar tersebut cuma memerhatikan mangsa mati akibat pendarahan sambil berbual sesama mereka.
Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian juga tidak memperdulikan mangsa.