Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya

>> Khamis, 19 April 2012


[HM] Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu,sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Baca Seterusnya: http://meeudangpenang.blogspot.com/2012/04/awas-taktik-menculik-budak-di-pasaraya.html#ixzz1sXg8MwIq

Read more...

Mubarak sudah mati?

>> Rabu, 10 Ogos 2011



[SH] Seorang peguam Mesir, Hamed Seddik kemuka teori konspirasi bahawa pemimpin kuku besi itu telah meninggal dunia pada 2004.

Pasti orang ramai di seluruh dunia bagai tidak percaya apabila menonton berita dan gambar menunjukkan Hosni Mubarak, antara pemimpin paling digeruni di dunia Arab terlantar lemah di atas katil hospital, di dalam kurungan besi semasa perbicaraannya di Kaherah, Mesir, minggu lalu.

Bekas Presiden Mesir itu kelihatan begitu lemah dan mengasihankan dengan uniform penjara warna putih sambil ditemani dua anak lelakinya yang setia bersama bapa mereka bagi berhadapan dakwaan penyalahgunaan kuasa yang difailkan terhadap ketiga-tiga beranak itu.

Namun, detik paling mengejutkan dalam perbicaraan itu bukanlah keadaan Mubarak, tetapi apabila seorang peguam dengan lantang memberitahu hakim dan dunia, bahawa bekas pemimpin Mesir itu telah meninggal dunia pada 2004.

Read more...

Keajaiban : Hutan di dalam gua

>> Ahad, 31 Julai 2011

KAWASAN hutan yang terdapat dalam gua Son Doong, di daerah Bo Trach, Vietnam

[KO] HANOI - Sebuah gua yang mengandungi hutan terdapat di Taman Negara Vietnam di daerah Bo Trach, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar hutan yang terdapat dalam gua itu dirakamkan oleh Carsten Peter, 52, dari Jerman baru-baru ini. Ia ditemui oleh kumpulan pencari gua dari Britain pada 2009.

Gua itu sepanjang 4.02 kilometer, lebar 100.54 meter dan setinggi 243.84 meter

Read more...

Kecoh hidangan sotong menari

HIDANGAN sotong menari di Jepun

[KO] TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup. Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari. Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali.

Read more...

Kreatif : Kotoran, debu jadi kanvas lukisan

>> Jumaat, 29 Julai 2011


[SH] LONDON - Kita mungkin tidak terfikir kotoran dan debu pada permukaan kenderaan juga boleh menjadi hasil seni yang menarik.

Tetapi tidak bagi seorang pemandu bas, Robert Burden, 38, menggunakan kesan kotoran pada kereta atau van sebagai kanvas lukisan potret ikon filem dan lagenda kumpulan rock terkenal.

Pemegang ijazah Komunikasi Visual Fotografi itu menghasilkan potret menakjubkan hanya dengan menggunakan pensel dibalut tisu khas bagi mengelakkan permukaan kenderaan tercalar atau hasil seninya rosak.

Burden berkata, orang ramai mula memberi tindak balas positif terhadap bakat luar biasanya dan beliau menganggap ia sebagai hasil seni mengagumkan.

“Lukisan ini boleh menjadi hadiah istimewa kepada sesiapa dan dikenakan bayaran berpatutan,” menurutnya lagi yang turut berbakat dalam bidang fotografi.

Read more...

Pelajar reka Ferrari

>> Jumaat, 22 Julai 2011


[SH] MARANELLO - Tiga pelajar Korea Selatan, memenangi peluang sekali seumur hidup untuk membantu mereka bentuk kereta mewah Ferrari.

Pelajar dari Universiti Hongik di Seoul itu, mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Rekaan Ferrari Dunia 2011, selepas berjaya dalam menyahut cabaran pengeluar kereta hebat itu untuk membayangkan bagaimana reka bentuk Ferrari pada masa hadapan.

Rekaan digelar Eternity itu, adalah cetusan idea hebat Kim Cheong Ju, Ahn Dre dan Lee Sahngseok.

Sebanyak 400 penyertaan oleh pelajar daripada 50 sekolah reka cipta dan universiti di seluruh dunia berentap dalam pertandingan itu.

Read more...

Kereta dipenuhi gambar bintang bola sepak

SATU kumpulan pemuda bergambar dengan kereta yang dipenuhi dengan pelekat yang memaparkan wajah pemain bola sepak di Birmingham, Britain.

[KO] BIRMINGHAM - Satu kumpulan peminat bola sepak menyertai satu perlumbaan kereta sejauh 3,379 kilometer tetapi kenderaan mereka dipenuhi dengan pelekat yang memaparkan wajah pemain bola sepak, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kumpulan pemain tersebut, Ryan Dugmore, 23, Kelvin Misra, 22, Liam Bull, 22, dan Jack Orton, 23, dari utara Birmingham akan menyertai perlumbaan selama enam hari itu untuk tujuan amal.

Pelekat sebanyak 5,000 keping itu mengandungi wajah-wajah pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Kumpulan peminat bola sepak itu merancang untuk menyapu pelekat itu dengan lakuer bagi memastikan ia kalis air.

Perlumbaan itu akan bermula dari Birmingham, Britain ke Bolougne, Perancis dan menuju ke Itali menerusi Turin sebelum kembali ke Paris.

Pertandingan itu unik kerana kereta yang dinaiki mereka perlu berharga kurang £200 (RM967.99).

Kereta yang dinaiki mereka itu model Ford Escort yang berusia 12 tahun tetapi ia kini memerlukan pembaikan di bahagian alat suspensi.

Read more...

Helikopter dijadikan karavan

>> Khamis, 21 Julai 2011

SALAH satu ruang yang terdapat dalam helikopter milik Tim Johnson

[KO] SUFFOLK - Seorang bapa anak tiga, Tim Johnson membeli sebuah helikopter yang pernah digunakan Tentera Laut Diraja Britain pada harga £5,000 (RM24,180) untuk dijadikan karavan, lapor sebuah akhbar semalam.

Karavan itu dilengkapi dengan katil dan kerusi dan disewa pada harga £60 (RM290.15) semalam ditambah dengan caj antara £5 (RM24.17) dan £9 (RM43.52) setiap seorang.

Kawasan karavan itu yang terletak di tempat perkhemahan Blackberry Wood dekat Ditchling di sini dikelilingi suasana seperti kem tentera dan dilengkapi beg pasir.

"Pada asalnya, saya mahu mencari sebuah jet peribadi tetapi saya tidak berpendapat ia akan menjadi pengalaman yang amat baik untuk tinggal di dalam jet," kata Johnson.

Read more...

Tayar jimat minyak

>> Ahad, 17 Julai 2011


[MO] PENGELUAR tayar terkemuka berjenama, Michelin Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan Michelin Energy XM2 terbaru yang tahan 20 peratus lebih lama berbanding tayar biasa dan mampu menjimatkan penggunaan minyak.

Tayar Energy XM2 ini menggantikan tayar Energy XM1 yang diperkenalkan pada 2004 disasar akan terus meningkatkan pasaran dua angka Michelin di Malaysia. Pengarah Urusannya, Yves Pouliquen berkata, XM2 memenuhi ciri yang diperlukan untuk bersaing dalam segmen kereta kompak dan sedan yang merangkumi 80 peratus daripada keseluruhan kereta yang dijual di pasaran tempatan.

“Produk ini mampu mencatat perkongsian pasaran kepada dua angka di samping mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai jenama terunggul di Malaysia.“Apatah lagi pemilik kenderaan dalam segmen pasaran semasa mahukan penjimatan besar bagi mengatasi peningkatan sara hidup,” katanya ketika sidang media di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Michelin Malaysia menampilkan kehadirannya dalam semua segmen tayar utama manakala tayar Michelin menyerlah dalam tayar berprestasi dan tayar sukan berprestasi tinggi. Sebanyak RM2.2 bilion setahun dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta teknologi unik yang digunakan dalam Energy XM2.

Energy XM2 menawarkan keseimbangan prestasi hebat menerusi sebatian hibrid yang digunakan dalam Energy XM1 kepada silika sepenuhnya yang menghasilkan lapan peratus pengurangan ketahanan golekan dan 1.1 peratus penjimatan minyak tambahan.

Teknologi ‘alternating bridging’ pula mengurangkan kadar kehausan tayar di samping mengukuhkan ketegaran blok tread yang menyebabkan blok tread kurang bebas bergerak.
Di pasaran tempatan, Energy XM2 menawarkan 22 jenis tayar untuk saiz rim 14 inci hingga 16 inci untuk kelebaran bermula dari 175 hingga 215.

Harga yang ditawarkan pula daripada RM217 untuk 14 inci hingga RM488 untuk 16 inci yang bersesuaian dengan permintaan tempatan.

Read more...

Misteri imej Bigfoot berjalan

>> Jumaat, 15 Julai 2011

SEEKOR makhluk berbulu berjalan dekat sebatang pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, Amerika Syarikat baru-baru ini

[KO] OSAWATOMIE, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman video disiarkan di laman YouTube menunjukkan seekor makhluk berbulu berjalan seperti manusia pada waktu siang, lapor laman Ghost Theory semalam.

Imej itu menunjukkan makhluk itu berjalan di belakang beberapa buah pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, AS. Makhluk itu menundukkan kepala semasa ia berjalan di belakang barisan pokok itu. Tangan saksi yang merakamkan imej itu kemungkinan menggeletar kerana rakaman video tersebut kerap kali bergoyang-goyang.

Rakaman itu dibuat oleh salah seorang anggota satu keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anaknya.
Dalam rakaman berkenaan, suara si ibu berasa terkejut melihat makhluk tersebut manakala si anak bertanya apakah yang sedang dilihatnya itu.

Jika dilihat sekali imbas, ia seperti seorang manusia memakai kostum gorila atau Bigfoot. Namun, kelibat Bigfoot juga pernah dilihat di negeri Kansas sebelum ini. Imej makhluk berbulu itu disiarkan di laman Youtube sejak 11 Julai lalu.

Read more...

BERSIH TERKINI : Suasana KL Macam Negara Di Ambang Perang

>> Jumaat, 8 Julai 2011


[GB] Bersih 2.0: Pemeriksaan diperketatkan

Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.

Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa.

Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ.

Kedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini.

“Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan kaki,” katanya.

Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya.

"Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung,” kata Nizar.

Bekas ahli majlis teringgi pusat PKR Badrul Hisham Shaharin mengesahkan polis cuba menahannya di Hotel Brisdale kerana melanggar perintah larangan mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur.

“Saya daftar bilik di Hotel Brisdale tingkat 14. Bilik tersebut diserbu oleh sekumpulan anggota polis termasuk berpangkat dengan seragam penuh... Cari Chegubard bilik digeledah.

“Tetapi saya ketika itu di bilik lain terus keluar... Sekarang di luar hotel dah,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik.

“Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya,” kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak.

Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang.

Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran.

"Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami,” katanya. -mkini


TERKINI!!

0640 hrs - Semua hotel yang digeledah malam tadi sudah dipenuhi dgn SB dan polis beruniform dan mereka menunggu di hadapan jalan bagi memastikan peserta Bersih tidak keluar (yang disyaki)

0710 hrs - Keseluruhan jalan masuk ke pusat bandaraya KL sudah ditutup KECUALI kenderaan polis yang meronda terutamanya di Jalan Raja Laut, Lebuhraya Mahameru, Jalan Bukit Bintang dan KLCC.

Laluan dari arah utara dikhabarkan sesak selepas Plaza Tol Jalan Duta kerana sekatan jalan masih berkuat kuasa!

0738 hrs - Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dikhabarkan sudah berada di sebuah lokasi di pusat bandaraya sambil makan sarapan pagi bersama dengan puluhan Sukad AMK yang bertugas.

0802 hrs - Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng memberitahu bahawa Ibu Pejabat DAP Kebangsaan di Jalan Pudu telah ditutup laluan masuknya! Ini bermakna polis sudah berkawal di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Cochrane.

8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju Masjid Negara.

Kredit foto malaysiakini

Read more...

Pelakon Harry Potter menangis


EMMA WATSON (tengah), Rupert Grint dan Daniel Radcliffe bergambar semasa mereka tiba untuk menonton tayangan perdana filem Harry Potter And The Deathly Hallows - Part 2 di London kelmarin.
[KO] LONDON - Kegirangan pelakon Emma Watson ketika muncul di karpet merah di Trafalgar Square di sini tidak lama apabila dia dan pelakon lain menangis ketika memberi penghormatan kepada filem tersebut, Harry Potter and The Deathly Hallows - Part 2 di sini kelmarin.

Dia yang muncul dengan membawa aura magisnya yang tersendiri dengan mengenakan gaun bertingkat-tingkat Oscar De La Renta kelihatan amat sedih.

Dia yang melakonkan watak Harmonie, hadir ke Trafalgar Square tersebut bersama pelakon-pelakon lain untuk menonton tayangan perdana filem itu sambil bertemu peminat.

Ketika rakan pelakon yang berlakon bersamanya, Rupert Grint memberi ucapan, Watson tidak dapat menahan air mata dan penerbit filem, David Heyman, menawarkan bahunya sebagai tempat dia menangis.

Sambil menangis, aktres itu mengucapkan terima kasihnya sambil ditenangkan oleh pelakon lain termasuk penulis novel tersebut, JK Rowling.

Filem itu turut dibintangi oleh Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter.

Read more...

Kecilkan payu dara kerana bosan diraba

>> Sabtu, 2 Julai 2011

GEMMA WESTMORELAND selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara.
[KO] BARNSLEY - Seorang wanita di Britain, Gemma Westmoreland menjalani pembedahan untuk mengecilkan payu dara besarnya bersaiz 34J kerana bosan diraba oleh lelaki dan wanita nakal, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita berusia 26 tahun setinggi 1.5 meter itu berkata, dia bukan sahaja menjadi tumpuan ketika berada di tempat awam malah, ada lelaki dan wanita meraba dadanya kerana menyangka payu daranya tidak asli.

"Orang ramai menyangka hanya kerana payu dara saya amat besar, mereka bebas untuk merabanya," tambah wanita itu Selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara selama tiga jam di sebuah hospital kerajaan di sini beberapa bulan lalu, saiz payu dara Westmoreland kini berkurangan separuh daripada saiz asalnya. "Pakar-pakar bedah saya hebat, saya lega kerana menjalani pembedahan ini," ujarnya.

Read more...

Lelaki ada 150 peluru penabur dalam badan

>> Ahad, 26 Jun 2011

BAHAGIAN belakang tubuh Joe Clarke yang mempunyai bintik kemerahan akibat ditembak.

[KO] CONSETT, Britain - Seorang lelaki, Joe Clarke, (gambar kecil) 33, mempunyai lebih 150 butir peluru penabur di dalam tubuhnya sejak 2007, lapor sebuah akhbar semalam.

Doktor-doktor tidak dapat mengeluarkan sebutir pun peluru tersebut kerana terdapat sebahagian daripada peluru itu menembusi organ-organ pentingnya. Clarke ditembak oleh dua lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang patah selepas dia membuka pintu rumahnya di sini pada Disember 2007.

Peluru penabur itu menembusi bahagian tubuh belakangnya, kepala dan leher. Semasa kejadian, Clarke berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang jirannya yang menyembunyikan dia dalam rumahnya.

Lapan bulan selepas serangan itu yang berlaku akibat perbalahan dengan seorang bekas kekasihnya, lima lelaki didakwa berkonspirasi untuk membunuhnya. Dia kini menghadapi kesan sampingan akibat tembakan tersebut iaitu rasa sakit pada setiap hari.

"Para kakitangan hospital menyatakan mereka tidak pernah melihat kejadian seperti ini," kata Clarke. Ketika menggambarkan detik-detik dia ditembak, Clarke menggambarkan dirinya seperti badannya dibakar.

Read more...

Identiti penggodam didedahkan ???

>> Khamis, 23 Jun 2011


RUMAH yang diduduki oleh Ryan Cleary bersama ibunya di Wickford, Britain.


[KO] WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

Read more...

WANITA BERTANGAN GERGASI

>> Selasa, 21 Jun 2011


[PO] Seorang penjual mi dari Thailand berdepan dengan masa hadapan yang gelap apabila kedua tangannya membesar setiap hari menjadi tangan gergasi. Samaksamam Duangiai, 49, dari Wilayah Surin terpaksa memerapkan dirinya di rumah kerana malu dengan kea­daan tangan gergasinya yang luar biasa.

Sewaktu dilahirkan, Duangiai mem­punyai sepasang tangan yang nor­mal. Bagaimanapun, ketika usianya mencapai 10 tahun, selepas berdepan dengan penyakit demam panas yang berlarutan keadaan tangannya mula menunjukkan perubahan. “Tapak tangan saya mula membesar dari bentuk asal begitu juga dengan kedua belah lengan saya. Walaupun boleh menggerakkan jari dan kedua be­lah tangan ia agak membebankan,” ujarnya.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, dia pernah mendapatkan rawatan dari doktor pakar, namun tangan­nya tetap membesar. Menurut Duangiai, dia pernah menja­lani dua pem­bedahan membuang lemak dan isi di tapak tangannya. Kali pertama ketika berusia 25 tahun dan pembe­dahan kedua dilakukan lima tahun selepas pembedahan pertama.

“Doktor tidak dapat mengesan penyakit sebenar saya. Mereka hanya memaklum­kan saya menghadapi dua kemungkinan sama ada masalah hormon yang tak stabil dan baka,” katanya.Duangiai yang mempunyai dua orang anak terpaksa membantu menguruskan peniagaannya. Suaminya pula bekerja sen­diri bertani di kampung mereka.

Sehingga kini, tangannya seberat 10 kg menyukar­kannya membuat kerja-kerja harian. Tapak tangan Duangiai yang membesar memaksa dia tidak banyak bergerak. Sebelum ini, kisah Duangiai pernah disiarkan dalam program televisyen ‘Believe or Not’ yang diketengahkan oleh William E Heinecke, pemilik Pattaya Royal Garden Plaza dalam usianya membantu nasib Duangiai.

Sejak beritanya tersebar luas, Duangiai mendapat perhatian ramai. Ramai pengunjung datang ke rumahnya untuk melihat sendiri keadaan kedua tangan gergasinya yang jarang ditemui di mana-mana.
Di wilayah Jiangsu, China pula, se­orang lelaki, Liu Hua mempunyai nasib yang sama dengan Duangiai. Bezanya, jari tapak tangan kirinya membesar lima kali ganda dari bentuk asal jarinya.

Hua mempunyai tiga jari yang membesar selain tapak tangannya. Jari ‘telunjuk’nya berukuran 30sm panjang, ibu jari 26sm dan jari manis 15sm.Tangan kiri Hua seberat 14 kg me­maksa dia tidak banyak bergerak. Dia pernah tiga kali menjalani pem­bedahan membuang tisu, isi jari dan tapak tangannya, namun ia masih membesar.

Dia pernah dimasukkan ke Hospital Rakyat di Shanghai untuk menjalani pembedahan dan rawatan susulan bagi memastikan keadaan tangannya tidak semakin teruk.Sehingga rencana ini ditulis, keadaan kedua-dua pasangan ini masih berdepan dengan masalah serupa mempunyai tangan dan jari gergasi.

Read more...

Gaya duduk rakyat Thai jadi kegilaan di Facebook

>> Isnin, 20 Jun 2011

RATUSAN orang menghantar gambar yang menunjukkan mereka duduk bersimpuh di pelbagai lokasi di laman Facebook.

[KO] BANGKOK - Gaya duduk tradisional rakyat Thailand kini menjadi kegilaan terbaharu dalam kalangan penduduk negara itu di laman Facebook, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Lebih 65,000 orang sudah mendaftarkan diri di laman Facebook yang mempromosikan kempen gaya duduk itu yang dikenali sebagai pubpeab sejak ia dilancarkan pada Jumaat lalu.

Gaya duduk itu menunjukkan seseorang individu itu duduk bersimpuh di pelbagai lokasi dengan gambar mereka disiarkan di laman berkenaan.

Antara gambar itu menunjukkan anggota-anggota pasukan bola keranjang Pattani di selatan Thai duduk bersimpuh di tengah gelanggang sukan tersebut.

Terdapat juga gambar yang menunjukkan dua lelaki duduk bersimpuh di sebuah stesen tren.

Pengarah Jabatan Pemantauan Kebudayaan Thailand, Ladda Tangsupachai memuji kempen tersebut dengan menyatakan generasi muda perlu banyak mempelajari gaya duduk tradisional itu.

Read more...

Rusa ganjil bakal ada tiga set tanduk

>> Jumaat, 17 Jun 2011

SEEKOR rusa milik seorang petani di Hongtu, Jilin, China kini mempunyai dua set tanduk dan satu lagi set tanduk bakal tumbuh di kepala haiwan itu.
[KO] BEIJING - Seekor rusa jantan milik seorang petani, Zhou Dianfu di Hongtu, Jilin, China bakal memiliki tiga set tanduk, lapor sebuah akhbar semalam. Tiga set tanduk itu dianggap sesuatu yang amat luar biasa kerana rusa pada kebiasaan hanya mempunyai satu set tanduk sahaja.

Rusa tersebut sudah mempunyai dua set tanduk manakala kini terdapat tanda-tanda bahawa tanduk ketiga akan muncul di kepala haiwan itu. Menurut Dianfu, rusa peliharaannya itu mengalami kerosakan pada set tanduk yang pertama semasa ia berlawan dengan rusa jantan lain.

Dia berkata, ekoran kerosakan itu, satu set tanduk yang kedua tumbuh semasa set tanduk yang pertama patah. Haiwan itu bergaduh kerana ia merupakan salah satu cara untuk memikat rusa betina. Rusa betina akan memilih pasangan berdasarkan kekuatan rusa jantan semasa berlawan.

Dianfu berkata, beberapa saintis turut melakukan kajian terhadap haiwan peliharaannya itu ekoran keganjilan pada tanduk rusa tersebut.

Read more...

Lelaki dibiarkan mati selepas ditembak

>> Isnin, 13 Jun 2011

SARFARAZ SHAH ditembak beberapa kali oleh askar Pakistan di Karachi pada minggu lalu
[KO] KARACHI - Seorang lelaki tidak bersenjata ditembak pada jarak dekat oleh anggota tentera yang kemudian cuma memerhatikannya mati akibat pendarahan di sebatang jalan di Pakistan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dalam kejadian yang dirakam di sini pada minggu lalu, seorang lelaki berpakaian preman menarik mangsa yang didakwa melakukan rompakan lalu membawanya kepada sekumpulan anggota tentera Pakistan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Sarfaraz Shah merayu belas kasihan tetapi seorang askar tersebut menembaknya beberapa kali dengan peluru menembusi kaki serta tangan mangsa.

Dia rebah ke tanah dan merintih kesakitan tetapi askar-askar tersebut cuma memerhatikan mangsa mati akibat pendarahan sambil berbual sesama mereka.

Orang ramai yang lalu lalang di tempat kejadian juga tidak memperdulikan mangsa.

Read more...

Lintah raksasa serang kampung Jawa Tengah

>> Selasa, 7 Jun 2011


SEORANG pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo menunjukkan seekor lintah raksasa yang melekat pada tangan kirinya di Desa Timbol Sloko, Demak, Jawa Tengah semalam.
[KO] DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam.

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat.

Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut. Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan. Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah. "Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya.

Read more...

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Wangi One Drop Perfume









Foto Restoran









Slide Restoran

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP