Helikopter dijadikan karavan
>> Khamis, 21 Julai 2011
SALAH satu ruang yang terdapat dalam helikopter milik Tim Johnson |
[KO] SUFFOLK - Seorang bapa anak tiga, Tim Johnson membeli sebuah helikopter yang pernah digunakan Tentera Laut Diraja Britain pada harga £5,000 (RM24,180) untuk dijadikan karavan, lapor sebuah akhbar semalam.
Karavan itu dilengkapi dengan katil dan kerusi dan disewa pada harga £60 (RM290.15) semalam ditambah dengan caj antara £5 (RM24.17) dan £9 (RM43.52) setiap seorang.
Kawasan karavan itu yang terletak di tempat perkhemahan Blackberry Wood dekat Ditchling di sini dikelilingi suasana seperti kem tentera dan dilengkapi beg pasir.
"Pada asalnya, saya mahu mencari sebuah jet peribadi tetapi saya tidak berpendapat ia akan menjadi pengalaman yang amat baik untuk tinggal di dalam jet," kata Johnson.