Kreatif : Kotoran, debu jadi kanvas lukisan
>> Jumaat, 29 Julai 2011
[SH] LONDON - Kita mungkin tidak terfikir kotoran dan debu pada permukaan kenderaan juga boleh menjadi hasil seni yang menarik.
Tetapi tidak bagi seorang pemandu bas, Robert Burden, 38, menggunakan kesan kotoran pada kereta atau van sebagai kanvas lukisan potret ikon filem dan lagenda kumpulan rock terkenal.
Pemegang ijazah Komunikasi Visual Fotografi itu menghasilkan potret menakjubkan hanya dengan menggunakan pensel dibalut tisu khas bagi mengelakkan permukaan kenderaan tercalar atau hasil seninya rosak.
Burden berkata, orang ramai mula memberi tindak balas positif terhadap bakat luar biasanya dan beliau menganggap ia sebagai hasil seni mengagumkan.
“Lukisan ini boleh menjadi hadiah istimewa kepada sesiapa dan dikenakan bayaran berpatutan,” menurutnya lagi yang turut berbakat dalam bidang fotografi.